#tymapergimana Bandung - Day 2
Next visit : Bandar Bandung
Kiteorang pergi mall dia. Tapi tadek la macam mall yang meriah mewah tu, dia ala ala Kenanga Mall gitu. Macam tempat jual baju, kain sembahyang, souvenirs, karpet ala macam macam la. Aku tadek amik gambar pulak masa tu sebab macam ramai gila pick pocket dekat situ then tak ingat langsung dah nak amik gambar. huhu.
Tapi tak beli apa pun dalam tu, sebab macam tak tahu nak beli apa? LOL. Then kuar dari situ kiteorang pergi Toko Jamu. Tempat ni macam jual pelbagai rempah ratus. Aku pun tak tahu jenis jenis rempah ni. Haa untuk jamu apa semua tu ada lah bahan dekat sini. Tak silap aku berpuluh tahun dah kedai ni and sekali lagi aku lupa. Pak Supir ada sebut ritu, lama sangat aku drag nak post i'm sorry huhu.
See? Rumput pun ada nama hokkay!!
Next Visit : Kedai Perfume
Nih cewek cewek yang bancuh perfume ikut apa yang customer request.
So ni la hasil tangkapan kami. And dia bagi kita bau dulu la sample then kita pilih die bancuhkan. Korang takkan keliru nak pilih bau mana, sebab eventho korang bau banyak perfume die sediakan like kopi untuk naturalkan balik deria bau korang. So, boleh decide dengan baik la.
Next visit : Bakso Malang Langgeng
Lunch dekat sini.
Sedap gila bakso ni. Memang lain la dari Malaysia punya so recommended sangat la untuk korang makan dekat sini kalau datang Bandung okay.
Cendawan goreng ni pun sodap!
Dah siap makan kiteorang singgah untuk beli makanan untuk bawak balik pulak. Macam pisang salai, pisang cheese, pisang goreng and segala macam jenis pisang lah. Haa senang citer.
Tempe goreng.
Pisang yang dia dah goreng dia susun letak dalam ni, haa senang citer kan? Banyak jenis flavor ada.
Cheese, coklat, kacang.
Belut goreng pun ada. Tadek hal.
Dah settle shopping kat sini kiteorang pergi outlet la. Dekat sini banyak outlet tepi jalan gitu. Macam macam brand ada. Harga pun hm bagi aku lebih kurang Malaysia je tapi ada jugak yang murah dari Malaysia. Bijak lah membeli semoga tidak membazir ye.
Ni tak habis round semua outlet lagi but then semua dah penat so kita check in bilik dulu.
Next stay : Namin Hotel
Namin Hotel ni dekat je dengan outlet outlet tadi like 1 km gitu je, tapi still macam bahaya la kalau jalan kaki sebab Bandung ni hardcore sikit kalau dorang driving tu haihh scary teruks.
(bersepah sebab aku amik gambar paginya esok sebelum check out) haha.
Treehouse Cafe (aku malas nak rotate haha.)
Ni Popia Pisang Goreng. Sedap gila weh! Ada pisang dalam popia tu pastu ada cheese pastu dengan coklat lagi.
Alpukat dia memang win. (Avocado Smoothie)
Hot Chocolate.
Nasi Ayam Penyet.
Lepas makan, the girls pergi spa and massage.
Dah habis massage semua, balik tido lah sebab esok dah nak balik.
Till next post.
Comments
Post a Comment