Semester Break - Thank you, Feb!

26 Bullet Journal Monthly Covers You'll Want To Copy - Gorgeous Crafts


Alhamdulillah, aku berjaya juga merajinkan diri untuk update blog sebelum semester dua start minggu depan. Everything went well. Result pun okay, syukur alhamdulillah. Ulang alik okay mase first and second paper dari Gombak ke Shah Alam gigih kan? Tak suka nya kita duk dekat Kolej haha.



Semester break aku macam cuti lama jugak la, sebulan lebih. Lepas habis paper tu, macam menternak lemak sekejap dekat Gombak, makan tidur makan tidur dan repeat sampai lah aku di beri peluang untuk balik Kuantan. Lama sangat dah aku meroyan nak balik sebab macam aku tak dek proper goodbyes from Kuantan (ecececceceh) 



And selama aku stay Kuantan pun memang aku gunakan sebaiknya lah. Jadi duit pun habis dengan baik tapi banyak habis dekat makan la. Asal kuar lepak mesti lah makan, dah settle satu tempat lepak pulak dekat kedai makan lain. Begitulah kekdahnya kalau dah keluar melepak dengan diaorang ni. Niat asal nya aku just nak stay seminggu je dekat Kuantan then balik untuk wedding member aku, tapi tu lah kita merancang je. Aku stay Kuantan hampir sebulan. (3minggu)


Aku balik dengan Kak Effy since dia pun nak attend wedding Kak Tasya, so dia pick up aku dekat rumah la. Jadinya, 2 Feb tu malam aku dah berada di Kuantan, hehe.



3 February : Kak Tasya Wedding Day

One whole day dengan geng kerja butik dulu. Dari akad nikah sampai outdoor photoshoot. Penat kaw, tapi puas hati sebab last time Kak Farah kawen aku takleh attend hm. 



akad nikah.
(congratulations sister!)




geng suka buat onar dekat butik haha.




outfit of the day. 
(baju mak, beg mak bagi, kasut lama, tudung orang sponsor)



partner in crime saya lah ni.
amik kesempatan masa couple tu tengah busy photoshoot.






6 February : Bowling and Pantai Batu Hitam 

Cerita dia macam ni. 
Mek Ain Bariah ni katanya nak main basikal dekat Pantai Batu Hitam. Aku pun hm menarik jugak idea minah nih. So, kiteorang main bowling dulu dua round dekat Megamall sementara tunggu member lain sampai. Pastu lunch makan Mee Calong. 

Pergilah dekat Pantai Batu Hitam ni, aku pun first time sampai sini wehh. Carilah tang mana nya basikal tu. Orang datang nak main basikal ni hahahaha. Semangat waja kan kiteorang nak main basikal tepi pantai, tapi tu la tadek rezeki. Tadek la perkhidmatan sewa basikal masa tuh. Hm sendu lah kejap kiteorang ni. So, kita selfie sambil ambik angin pantai je la :')


Dah boring makan angin pantai, kiteorang cari cendol pulak dekat Kg Tengah. Penutup acara untuk hari tersebut pengganti kepada basikal yang tadek haha. lol



4 out of 8 (Gals&Baes)


7 out of 13 (teamkemaman)




7 February : Dofi, Donut and Coffee

Discover new cafe yang famous dekat cafe dengan Emir (paling busy sekali) and Ain (yang ni salu free haha)


sumpah lembut gila and berbaloi dengan harga.



these two pretty girls haih.




11 February : Pagi and Daisy

Jumpa Kamilah lah say bye bye sebab nanti susah dah nak jumpa hm.



Comel ngat kedainya.




Nasi Kerabu and Ayam Percik.



@tgkmlh 





13 February : Meeting of the Day @ Beanz&Co.

Asal plannya, nak pergi Sungai Lembing lah, nak pergi main bowling lah, nak pergi sana lah, sini lah last last biasalah kalau nama Melayu, dia memang betul betul menjadi Melayu la senang citer. 

Lunch dekat Beanz & Co. je sebab nak pergi kedai apa tah nak makan satar and seafood thingy tapi tutup pulek. lol 


Best lah bila kumpul reramai camni kan, reminiscing old good times. Especially time sekolah rendah. Nakal sangat kiteorang ni haha, and of course la banyak mende boleh citer sebab dah kawan lama kan. Rapat pun memang rapat. 



gals&baes




rasa macam nak tampo je muka sorang sorang haishhh 



tak cukup korum jugak. 
jadi kita kena cukupkan lah. haaa so aku buat kerja aku la apa lagi.



so semua okay tak tu? yang terbang tu taknak turun ke? 
ni je sis mampu hahahahaha.



haa nampak chill je kan semua lepak makan duduk semua kan, sempat ambik gambar lagi tau. tapi... di sebalik ni sebenarnya kitaorang kena kejar dengan kera lepastu, tu la sapa suruh makan tak ajak dorang. memasing lari macam tengah berlumba. sepenuh hati tak cukup tanah macam dah terbang AHAHA. 

lepastu kiteorang sambung lepak makan ABJ dulu la, penat lari dah kan? 






21 February : Emy's Wedding Day

Hm, akhirnya setelah menanti nanti siapa yang akan start kawen dulu ada jawapannya.
Member lama time sekolah rendah dulu rasmi dulu. Kita panggil dia perasmi lah senang citer kan. Haaa, tahniah untuk Emy dan husband!



aku rasa muka aku tu tengah amik aura dari Emy kut haahaha.



dan selepas itu kami bertiga yang perempuan pergi habiskan masa dekat Taman Gelora. Biasalah, perempuan ni tak pernah cukup. Ada je cari gak masa nak gossip la, nak amik gambar la. Gigih kan? Tak perempuan lah kalau tak gigih, ke cane?


outfit of the day.
(baju kurung mak, tudung ilhanee, kasut bapak tinggi :p) - koya biasalah haha



sepatutnya berlima, tapi lagi dua orang busy selfie apa tah. sabo je la. lepastu lupa nak selfie semula lima orang so padan muka lah dua orang lagi tu kahkahkahkah dangkeee






22 February : Staycation @ Swiss Garden Hotel

Kakak aku ajak melepak dekat Swiss Garden. So mestilah aku onz! First time kay datang Swiss Garden hmm. 


best fwen saya. Sofiya.


see. #bestfriendgoals sebab shades sama.







so aku expose lah sikit kakak aku, walaupun dia kakak dia kecik dari aku.
(maksudnya tak semestinya besar (saiz badan) dia tu kakak :p kbai)


 

outfit of the day.
(seluar kakak, baju sendiri, tudung naelofar orang bagi :p)



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Terima kasih semua.
Terima kasih kuantan.

Aku akan rindu semua. Aku akan rindu Kuantan vibes.
Ada masa aku balik lagi okayyy. Doakan aku sebab 5hb Mac ni dah start class untuk sem dua. 



Much love, 
Tyma.



Comments

Popular posts from this blog

working experience

#tymapergima Sabah - Day 3

#backto - April