#backto - April
Hai, tyma is back! Its been a while weh. Finally, i sempat curi masa nak update. Ye lah, dekat rumah sewa mana lah nak ada wifi ni. Line pun kekadang ada kekadang tadek haih sabar je lah. Kita throwback sikit lah ek event time bulan April ni, aku memang eksaited tunggu April ni sebab macam busy sikit haa phone pun penuh memory weh dengan gambar apa semua.
-------------------------------------------->_<------------------------------------------------
19 April 2018
Cuna's Birthday In Advance Celebration
Cuna ni ex-roomates time dekat Kolej Mawar semester satu. Kitaorang kira macam rapat gak la, sebab memasing bersama bersatu hati berteguh cerai roboh gitu sebelum ada buah hati lols lols. Tapi semester dua kiteorang bertiga move out and stay rumah sewa tapi Cuna stay kolej sebab dia dak dak palapes, so memang dia kena duk kolej la sebab busy training apa semua kan.
Kitaorang pun plan untuk celebrate birthday dia awal since kiteorang sibuk 22 April tu.
Macam macam plan la haa, tapi Ummu dapat idea untuk contact boyfriend dia minta tolong pe semua. Cuna ni macam payah sikit la nak onz kalau kiteorang ajak kuar hahahahaha :p (sorry cuna) jadinya, kiteorang pergunakan boyfriend dia kihkih. Sebab kan aku dengan Aimi craving nak makan brownies kiteorang pun tempah lah brownies, gigih okay dorang gi pick up brownies tu dekat mana ntah, lupa dah tapi cam jauh gak ah sikit haha dengan rushing nya lepas balik kelas koko. (demi mu Cuna) Pastu aku dengan Mimi pergi beli belon helium dekat kedai faveret aku dekat Seksyen 7 tu and balik rumah sesiap Maghrib apa semua. Kiteorang pilih Pinggan Puteh sebab pernah plan nak gi makan situ tapi tutup pulek. So, alang-alang kan kiteorang booking dekat sini untuk celebrate bday Cuna.
To sum up, kiteorang suruh boyfren Cuna tu pergi restoran tu dulu, kesian Cuna blurr pe semua dah lah dia puasa tapi kiteorang pulak lambat sampai dekat kedai tu. Tapi menjadi hokkay!
Oh tema kiteorang pakai jacket jeans/biru. haha.
surprise kan?
kiteorang berempat je time duk kolej dulu, yang sorang lagi tu pakai kemeja biru tu housemate ku yang comel haha.
"Dear Cuna, (ececececeh) taknak cakap banyak taip bebanyak, tapi jangan lupa saya tauuu. 6 bulan dekat kolej Mawar tu kite macam belangkas hokkay. hahaha rindu slang utagha hang. Okay lah tu, hang 20 baru kami celebrate bday hang hahahaha :p "
=OOTD=
20 April 2018
Short Meet Up with Farhana
Aku jumpa Farhana ni hari Jumaat, then usually memang weekend aku akan balik Gombak la, kebetulan ada majlis Sabtu tu. Jadi memang anak buah semua balik lah kan. Memang menggila lah dengan dorang semua ni, nah aku belanja gambar.
21 April 2018
Solemnization my third brother
Tema : Hijau (Shades of Green)
Venue : Masjid Kuala Selangor
Aku takdek nak karang bebanyak aku belanja gambar je lah ek. Korang bukan rajin sangat bab membaca ni ye dak? :p
1/4 dari keluarga besar aku
family aku tapi tak cukup korum lagi nih ahaha.
the girls plus auntie and cousin
the boys dalam family.
(four rangers yang belum kawen)
=OOTD=
(kali kedua pakai baju kebarung ceni selama 20 tahun hidup, first time masa kakya punya majlis menyambut menantu :p)
22 April 2018
Kak Fyza's Wedding
Another event is Kak Fyza's, adik kepada abang ipar aku. Aku tak ingat nama Laman Pengantin tu apa yang pasti dekat Subang kut. (serious tak ingat hahaha)
And, sebenarnya aku tak amik gambar sangat tempat dia sebab amik video je lebih. Tengok gambar aku dah lah kay haha.
(tak cukup korum lagi)
Danial ft me (=OOTD=)
26 April 2018
Housemates Outing (lols)
Kiteorang berempat housemates ni memang sengaja daftar koko sama sebab senang nak gerak sekali. Jadi sebenarnya aku nak share ni tak penting pun more to show off je ahahhahaa. Task untuk minggu tu kena buat Forum. Aku pilih untuk jadi moderator sebab aku memang tak reti nak reka ayat spontan lagi lagi kalau bab fakta ni tak reti nak eleborate tapi kalau membawang reti sangat la.
And tak sangka lah pulak dapat macam ni....
komen tu obviuosly dituju kepada aku lah sebab aku nervous T.T okay #doneriak :p
then kiteorang pergi dinner dekat Polperro Steak House sebab dah lama usha tiap kali lalu tapi this time baru sempat nak singgah dekat situ. Housemates Outing kate ko haha.
28 April 2018
Malam Berinai
boleh teka sendiri kan aku punya tangan mana satu kan?
29 April 2018
Baihaqi + Shirly Wedding Day
Aku ada job untuk majlis nih. Kena jadi pengapit. Bidan terjun and recycle je baju yang tahun lepas since tema tahun lepas pink. So baju brown aku belum dipakai le. Kita buat raya je lah yer..
- Baca caption gambar untuk selanjutnya :pp
CUKUP KORUM 24/24
FAUZI + SAKINAH FAMILY
SISTERS KESAYANGAN
SISTERS KESAYANGAN PART 2
SISTERS KESAYANGAN PART 3
COUSINS HIKS
ATIKAH, my childhood friend
------------------------------------------>_<-----------------------------------------------
Sekian sahaja laporan April 2018 aku hahaha.
Macam nak citer bebanyak pun bukan majlis aku kan, so korang sabar jap tunggu turn aku. Memang details aku citer :p
Sekarang pun dah hujung bulan May, inshaAllah esok kalau sempat aku post yang May punya.. Favorite month aku and banyak menda yang berlaku wehhhhh. (ecececececececeh) tadek banyak pun tapi bermakna buat aku haa gitu.
So till next update.
Thanks lah rajin scroll hadap post bergambar ni hehe.
Kbai.
Comments
Post a Comment