#tymapergimana Sabah - Day 1
So hai, i'm back again. This post macam nak throwback balik what happen a few days ago. Me and my friends went to Sabah for a short trip. My friends dekat situ meaning that my ex-schoolmate (SKIM). Okay? Kiteorang punya flight on 14th Aug Monday at 7:50 a.m. And kiteorang pergi ber-sepuluh including my brother sebab dia yang settlekan all the things macam flight return, homestay and kereta sewa. Total untuk tiga benda tu RM480 dengan trip 3hari 2malam, bagi aku worth it sangat la kan. So just untuk makan, minyak kereta and souvenirs je lah pulak kena belanja dekat sana. Bagi aku berbaloi dah kut.
My other eight friends semua naik bas dari Kuantan sebab aku memang dekat Gombak dah. So aku malas nak cerita bebanyak lah pasal diaorang tu kan, apedehal nak cerita aku pun tadek mase dorang naik bas, ERL, tidur dekat surau klia semua tu so kita skip je lah kay yang tu,, :p
Aku start packing one night before the trip sebab aku memang suka buat keje last minute ni, saje lah nak bitau sekali lagi kut ade orang tak tahu or buat buat lupa kan? Hehe. That night memang aku tak boleh tidur doe, macam macam perasaan ada, tak sabar, eksaited, nervous, jiwa kacau, risau ahhh macam macam ah sebab entah la.. Aku pun tak faham kenapa aku rasa gitu.. Kuangkuangkuang..
Jadinya, aku gerak dari rumah pukul 4:30 pagi and gerak ke KL Sentral. Lepastu naik bas ke KLIA2. Harga tiket bas hanya RM12 ye kawan kawan semua, Masa sampai KL Sentral tu kiteorang sempat dengan bas 5:20 pagi (mujur sempat) and sampai dekat KLIA 2 around pukul 6 gitu. Dah sampai je dekat KLIA2 tuh terus terserempak dengan geng perempuan dekat entrance so takyah susah dah aku nak roger tanya diaorang dekat mana kan? Bagus dorang ni, perfect timing jalan depan entrance. Hahaha.
Lepastu pergi breakfast and abang aku pun distribute kertas tiket flight and we are ready to go.
This photo was taken while an old man is walking in front all of us and then baru sedar rupenye kiteorang tengah nak bergambar and ya pandai. sekali lagi perfect timing abang aku snap mase die tengah tengok camera while say sorry! HAHAHA. Comel lah uncle ni, terhibur sekejap saya masa dalam flght tengok gambar ni (pastu abang aku marah aku gelak kuat sangat dalam flight mase tu)
Okay okay semula, I'm ready to go!
Haa nampak, sampai senget tudung aku pakai eksaited bebeno. Before masuk dalam kapalterbang ni haa, Membe aku tolong snap sebab aku macam gelojoh nak bergambar dekat laluan ni, ya aku tahu tah pape, tapi hmm suke hati aku lah kay? (tetiba emo)
"wandering in the clouds,
moving through the air"
Selama dalam flight 2 jam setengah tu kan, aku takboleh tidur wehh. Sebab macam taknak miss the moments duk tepi tingkap terbang di atas awan sambil melihat pemandangan ecewah ayat hakuu kau hado? Sampai KKIA around 10:15 pagi macam tu, ye awal dari sepatutnya kerana katanya pilot cuaca baik dan perjalanan lancar. say what? Alhamdulillah!
"Sabah kau lah bah"
Tapi kami diduga dengan ujian. Ewah ayat aku. Masa kiteorang kena pergi lapor diri dekat imigresen tu, ceh lapor diri, alah untuk dapatkan permit datang negeri orang tu kena tunjuk kad pengenalan lepastu tetiba semua dah siap member aku call cakap member aku yang sorang lagi ni tak jumpa kad pengenalan dia. Aku macam cool lagi aku rasa macam dia ade lah tu selit mana mana tapi cari punya cari tak jumpa, lepastu pergi dekat tempat orang jaga gate nak masuk fligh tu, macam report la dekat dorang and semua tu, Kiteorang siap pergi sampai depan flight tadi tu nak tanye pramugari tapi diaorang cakap tak ada. Tapi my instinct macam dapat rasa kad pengenalan tu jatuh dekat seat. Pramugari cantik tu kata tak ada and akan beritahu semula kalau ada. So, kiteorang pergi la buat report pasal kehilangan kad pengenalan. And dorang suruh buat kad pengenalan sementara dekat UTC Sabah sementara diaorang cari kad pengenalan tu kan. Member ni dah cuak dah IC hilang, pastu dengan rasa serbasalah nya kan? HAHAHA hai beb, if u read this im sorry sebab cerita dalam blog hahahahahha :p Tapi our first day tak banyak tempat sangat untuk pergi so okay okay je la macam tadek nak rushing sangat la kite lek cool chill je.
Pastu membe ni baik hati woi, belanje air mineral RM2.50 untuk kiteorang. Nampak tak serbasalahnya member tu hahaha. Tapi orang nak belanje takkan la kiteorang nak tolakkan? Kihkihkih.
So abang aku sewa dua buah kereta, Proton Saga dengan Exora. Girls naik kereta Exora, Boys naik kereta Saga and driver diaorang member kepada abang aku. Semua orang tengah kelaparan masa tu, so kitaorang gerak gi makan tengahari dulu dekat Warung Bandung.
"Warung Bandung"
Okay, dekat kedai ni famous dengan Nasi Panggang dengan Ayam Penyet/Ayam Panggang. So datang sini korang kena try makan menu ni! Tapi bagi aku biasa biasa je rasa dia, mungkin tak kena dengan jiwa lah kut en hm.. So total untuk lunch aku just RM12.30. Haah, Air die RM2.30 eh sabo je la kita ni padahal boleh dapat RM1.20 je hahaha k tetiba.
Lepastu dah siap makan apa semua, baru lah kiteorang gerak UTC Sabah untuk dapatkan slip IC sementara tuh, Tapi geng laki ni gerak pergi Masjid Negeri dulu untuk mandi-mandi and solat.
"UTC Sabah"
Member aku gerak lah pegi Jabatan Pendaftaran tu, tapi kiteorang lagi tiga orang ni tetiba discover benda yang memang dah lama nak try. Jadi kiteorang pergi membeli belah dulu lah kejap dekat sini.
'Borneo Ice Cream Rolls'
Ye pandai anak anak semua, Ice Cream Rolls. First time haa, itu yang selok sangat tu.Tapi tak reti nak pilih filling and topping semua tu. Aku share dengan member aku sebab nya harga RM7, pastu first time beli kang kalau tak habis membazir pulek hm, Kitaorang amik Yam+Kiwi+Cream;O, turn out hm biase je, sedap aiskrim Wall's yang RM1 lagi hahahahaha.
Mase tengah makan and tunggu diaorang tu, tetiba macam hujan hm cuaca mesti sedih jugak dengan membe aku tu sebab tercicir IC tu kan, memahami sangat langit dan awan masa tu. Tup tup dorang sampai bitau yang melayang RM110 sebab kena buat IC terus dekat situ, I WAS LIKE WOW! Kay, malas nak terkejut lelebih mende dah jadi, tapi polis tu kate buat slip semenatara je ee sabo je lah.
Tapi member aku nampak lah macam redha and ape ape je la. Kay bagus membe aku ni. HAHA.
Lepastu kiteorang terus pergi Signal Hill.
"Signal Hill"
Next, kiteorang pergi Masjid Bandaraya untuk solat solat and berehat sekejap sebab nak teruskan perjalanan pun hujan lebat paroks. Sebab dah tak sempat dengan Masjid Negeri hm so sad! Lepastu pulak masa hujan lebat kaw wehhh. Tapi aku sempat snap lah dari dalam kereta kubah Masjid Negeri tu hehe.
"Masjid Negeri"
"Masjid Bandaraya"
Kiteorang tunggu hujan nak reda sikit baru keluar and gerak ke Kundasang untuk second day trip kiteorang. Masa tu hujan tengah lebat jugak la, and aku tadek sangat gambar sepanjang perjalanan ke Kundasang tu, lagipun mase tu dah pukul 5 lebih kut so macam dah nak gelap.
Jalan nak sampai ke sana tu mashaAllah ya Tuhann Astaghfirullah mengucap panjang woi, aku yang tengah tidur boleh tersedar sebabnya jalan berlubang teruks gak la, lepastu hujan pulak, ada tanah runtuh pulak weh, memang ad ruang sikit je nak lalu masa tu. Jadinya kiteorang sampai Kundasang around pukul 8:30 macam tu, lepastu singgah dekat KFC untuk dinner. Sebab thats the only place yang senang nak pergi and makan. Settle makan semua aku sempat gak ah tapau sebab nak makan dekat homestay kuikuikui. (tymasukamakanpepagibuta)
Then kiteorang terus gerak ke Kiram Village Kundasang, Serious weh tempat tu lawa gila, tapi tak nampak sangat sebab dah malam, masa tu dah pukul 10 gitu. Lepastu check in ape semua, and nais wehh umah kiteorang stay tu, tapi memang kemain jauh nak sampai berliku liku wehh hahaha.
"The Kiram Village House"
Lepastu kiteorang lepak dekat luar. Woi lima belas darjah celcius tak memain eh ahahahha. Pastu kiteorang makan KFC yang dah ditapau tadi. Skema shiuttt ayat akuu haha. Ok senanya aku tak ingat nak snap ruang tamuu! Kat situ la kiteorang main Silent Killer, game pilihan untuk trip kalini. Main sampai kul 2:30 pagi tadekhal bro.
Tapi aku takdek luck langsung doe nak jadi Killer, stress kejap. Oh tapi before tu kiteorang main Guess Show dekat phone, so korang boleh la download app tu siap siap. Syok gak ah main ramai ramai haha. Pastu game tu stop sebab aku dah berjaya bunuh killer tu pastu aku minta excuse nak mandi je dorang terus taknak main dah (ye tahu tak syok kalau aku tadek en faham sangat la) haha macam ape je en dah la suhu sejuk hujan lak tu pastu nak gi mandi pukul 2:30 pagi tapi takpe tyma tadehal.
Dan beberapa minit kemudian semua diulit mimpi indah dalam kegelapan malam tanpa kipas tapi cuaca yang sejuk dan katil bebanyak tadi kiteorang guna dua katil je hahahahah. kongsi enam orang kauuuu! Ukhuwah sejati angat angat.
Aku pun dah nak tido ni, so yeah.. Next entry, #tymapergimana Sabah - Day 2.
Ok goodnight!
Comments
Post a Comment